Saturday, August 21, 2010

PRINSIP-PRINSIP KONSTRUKTIVISME

  1. Menekankan pembelajaran berpusatkan.
  2. Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan.
  3. Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain.
  4. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses Scaffolding.
  5. Pelajar membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka
  6. Pembelajaran baharu bergantung pada pemahaman atau pengetahuan sedia ada 
  7. Pembelajaran bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada hingga tercapai pemahaman baharu. 
  8.  Interaksi sosial membantu dan menyokong pembelajaran
  9. Pembelajaran bermakna berlaku dalam konteks tugasan berasaskan alam nyata
  10.  Guru dan rakan sebagai fasilitator  pembelajaran
  11.  Persekitaran pembelajaran yang kompleks membantu pembinaan pengetahuan baharu
  12.  Pengaruh sosial membawa kepada pemikiran aras tinggi 
  13. Persembahan isi pelajaran yang pelbagai dengan contoh-contoh khusus membantu pemahaman
  14. Pelajar bertanggung jawab dalam pembelajaran sendiri.
Caine dan Caine (1991) pula menyenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme:
  1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.
  2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek sahaja.
  3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya.
  4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.
  5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap.
  6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.
  7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.
  8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.
  9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.
  10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.
  11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.
  12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat menyatakan kecenderungan masing-masing.



No comments:

Post a Comment