Saturday, August 21, 2010

PANDANGAN & TEORI TOKOH PELOPOR KONSTRUKTIVISME: KONSEP & PRINSIP

Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan. Terdapat dua tokoh penting yang mempelopori teori asas konstruktivisme ini iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget dikenali sebagai konstruktivisme psikologi/individu/ kognitif, manakala teori yang dipelopori oleh Lev Vygotskynialah konstruktivisme sosial.

TEORI KONSTRUKTIVISME PIAGET: PSIKOLOGI/INDIVIDU/KOGNITIF

Biodata
JEAN PIAGET (1896-1980)





  •  Lahir  di Neuchâtel, Switzerland, pada 9 Ogos, 1896.
  • Bapanya,Arthur Piaget, seorang profesor dalam kesusateraan zaman pertengahan dan mempunyai minat yang mendalam tentang sejarah.
  • Ibunya, Rebecca Jackson, seorang yamg sangat pandai
  • Jean Piaget merupakan anak sulung dalam keluarga dan bakatnya mula dilihat ketika beumur 10 tahun.
  • Merupakan ahli psikologi switzerland yang terkenal
  • Meninggal pada tahun 1980. 
  • Sila klik link  ini.




Piaget merupakan salah seorang tokoh yang terkenal dengan teori perkembangan kognitif dan bagaimana manusia membina pengetahuan. Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. struktur asas dalam organiasasi mental ini dinamakan skema. Justeru, pengetahuan sedia ada yang yang menjadi asas tingkah laku ialah skema.

   Pengetahuan dibina apabila maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Proses adaptasi merujuk kepada proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema dengan persekitaran. Ini dinamakan EQUILIBRASI.


PROSES-PROSES ADAPTASI

Terdapat dua proses iaitu;
  • ASIMILASI
  • AKOMODASI
1.Asimilasi
  • Merupakan satu proses dimana apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan dapat diserapdengan mudah ke dalam struktur kognitif. Ini menyebabkan keseimbangan (equilibrasi) berlaku.
2.Akomodasi
  • Merupakan satu proses dimana apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, akan berlaku ganggu-gugat atau ketidakseimbangan dalam struktur kognitif. Proses ini dinamakan disequilibrasi. maklumat baru tersebut tidak dapat diserap masuk. Maklumat akan terawang-awang sehingga skema berubah. Apabila skema berubah, melalui pembacaan, perbincangan atau seumpanya, maklumat baharu akan diserap masuk. Dengan itu, struktur kognitif akan mencapai equilibrasi.
PROSES EQUILIBRASI


    Kedua-dua proses asimilasi dan akomodasi berlaku sepanjang hayat individu dalam proses penyesuaian diri dengan persekitaran. Dengan proses adaptasi yang semakin komlpeks, skema juga akan menjadi lebih kompleks. Skema yang semakin kompleks ini akan membentuk struktur kognitif. Struktur kognitif akan melalui proses organisasi secara hierarki dan daripada susunan umum kepada khusus.

     Kesimpulannya, melalui proses adaptasi, iaitu asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam struktur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila perlu. Melalui proses inilah, pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat sepanjang hayat individu.

 TEORI KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY: SOSIAL

Biodata
LEV VYGOTSKY (1896-1934)
  •  Lahir pada 1896 di Belarus, Rusia
  • Vygotsky banyak terlibat dalalm mengkaji perkembangan kognitif di Institute of Psychology di Moscow.
  • Merupakan ahli psikologi Rusia yang terkenal.
  • Meninggal pada 1934.
  • Sila klik link ini



Teori perkembangan kognitif Vygotsy merupakan asas kepada teori ini. Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan orang lain. Jadi teori konstruktivisme sosial ini berperanan utama dalam pembelajaran dalam konteks sosio-budaya.
Dalam konteks sosial, individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru. penglibatan dengan orang lain memberi peluang kepada pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri.
Pandangan Konstruktivisme Sosial
1. Pelajar mempunyai keunikan kerana berbeza latar belakangnya.
2. Latar belakang, pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat amat mempengaruhi pembelajaran individu.
3. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembinaan pengetahuan sendiri.
4. Pengalaman berjaya dan keyakinan diri mempengaruhi motivasi untuk belajar.
5. Guru sebagai fasilitator.
6. Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial dan akif.
7. Kolaborasi antara guru, pelajar dan bahan pengajaran penting dalam pembelajaran.
8. Pembelajaran berasaskan konteks penting dalam memudahkan pelajar.


Zon Perkembangan Terdekat
ZPD merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar, tetapi dapat menguasainya debgan bimbingan orang lain yang lebih mahir.Sekiranya pelajar dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut  berada di zon bawah. Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengam bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada dalam ZPD.

Menurut teori Vygotsky, Zon Perkembangan Proksimal merupakan pembahagian antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi, dimana antara apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya. 

ZON PERKEMBANGAN TERDEKAT

      Pada pandangan yang lain, Vygotsky mencari pengertian bagaimana anak-anak berkembang dengan melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi kognitif belum matang, tetapi masih dalam proses pematangan. Vygotsky membezakan antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi pada anak. Perkembangan sebenar ditentukan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkan perkembangan potensi membezakan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu, menyelesaikankan masalah dengan bantuan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.



   Teknik Scaffolding
       Mengikut Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel (2010), konsep ini merujuk kepada bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan dan interaksi yang bersifat positif.

         Bimbingan diberikan kepada pelajar dalam mempelajari kemahiran baharu, namun bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai sesuatu kemahiran. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perancah. Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baharu secara lebih sistematik.

          Secara khusus Vygotsky mengemukakan bahawa disamping guru, rakan sebaya juga memberi pengaruh penting pada perkembangan kognitif anak berlawanan dengan pembelajaran lewat penemuan individu (individual discovery learning), kerja kelompok secara kooperatif ( cooperative groupwork) yang mempercepat perkembangan kanak-kanak. Kesimpulannya, teknik ini :
  • Digunakan bagi pelajar menguasai isi pelajaran dalam ZPD
  • Proses membimbing dan membantu.
  • Mengikut penguasaan murid dan berubah mengikut peringkat
  • Antara cara dalam teknik ini ialah penjelasan verbal, soal jawab, promting,cueing dan tanda isyarat lain

No comments:

Post a Comment