Thursday, August 26, 2010

RUJUKAN: PENGHARGAAN KEPADA SUMBER-SUMBER BAHAN ILMIAH INI

  • Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

  • Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2010). Perkembangan Kanak-Kanak. Cetakan Ketiga. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

  • Noriati A.Rashid. Boon Poon Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar. Selangor

  • Ami Sakura. Sejarah Teori Konstruktivis. Diperoleh http://www.scribd.com/doc/19784811/konstruktivisme (2010,7 Ogos)

  • Rosezlan. Definisi,Ciri, Prinsip dan Amalan Teori Konstruktivis. [online]. Diperolehhttp://www.scribd.com/doc/414320/Konstruktivisme
  • Definisi konstruktivis.[online] Diperoleh daripada http://www.scribd.com/doc/10331287/konstruktivisme

ANALISIS TEORI KONSTRUKTIVISME: TEKNIK SWOT

Setiap teori mempunyai kekuatan (strength), kelemahan (weakness), peluang (opportunity) dan ancaman (threats). Oleh itu, melalui teknik SWOT, teori ini dapat dianalisis mengenai keberkesanannya dalam sesi pembelajaran.

          Analisis SWOT merupakan singkatan bahasa Inggeris daripada strenghts, weakness, opportunities, dan threats adalah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam suatu projek. Teknik ini dibuat oleh Albert Humphrey yang mengetuai projek penyelidikan di Universiti Stanford pada dekad 1960-an dan 1970-an dengan menggunakan data dari syarikat-syarikat Fortune 500.

         Teknik SWOT telah digunakan bagi menganalisis Teori Pembelajaran Konstruktivis. Antara Strength atau kelebihan kaedah pengajaran konstruktivisme, pertama adalah, guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas. Kelebihan kedua yang terdapat di dalam teori ini ialah nilai koperatif dan kolaboratif diterapkan di dalam diri murid-murid. Murid diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini adalah sangat bagus kerana boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan kaedah atau teknik tradisional seperti, syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda mereka bukannya yang wujud luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid mudah faham dan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Keempat, peningkatan penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dalam diri murid-murid. Dalam teori ini, guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal ini bermakna, guru dan murid menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.

            Selain daripada kelebihan, kaedah pengajaran konstruktivisme turut mempunyai kelemahannya atau Weakness yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah, menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru. Menurut Mok Soon Sang (2006), kelemahan seterusnya adalah, ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru. Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea sedia perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid. Tambahan pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sebelum mereka memahaminya.

          Cara mengatasi kekurangan dalam teori konsruktivis iiatu peluang atau opportunity ialah melalui peranan murid dan guru. Murid perlu mengambil insiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian secara individu murid akan menbuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan berusaha untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain,murid tersebut dapat membina proses pengetahuan yang mereka faham. Di samping itu, murid perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Bagi mengatasi kelompongan teori ini, murid perlu menggunakan data dan bahan-bahan fizikal,manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan. Hal ini bagi mengalakkan murid untuk membina pengetahuan
Seterusnya, peranan guru sebagai agen menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Guru perlu bertindak menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Pendidik perlu membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka melalui mentafsir pembelajaran melalui aktiviti harian dikelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. Guru perlu juga menggalakkan murid membuat tugasan dan berbentuk penyelesaian,menganalisis, meramal,meneroka dan membuat hipotesis serta menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka disamping menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan menyoal murid yang lain. Akhir sekali, guru perlu memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk mebuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijana bagi mengalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan. tertentu.

         Teori ini memperlihatkan beberapa ancaman atau threat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah melalui cabaran guru konstruktivisme iaitu guru merasakan mereka tidak mengajar. Ini kerana pembelajaran konstruktivis menekankan pembelajaran berpusatkan murid iaitu murid aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

        Selain itu, amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivis dianggap tidak realistik. Ini kerana kurikulum yang dibina melihatkan peranan murid dan guru saling memberikan maklum balas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Guru juga merasakan penerangan mereka tidak penting lagi. Oleh itu, guru hanya bertindak sebagai agen pemerhati yang hanya akan membantu apabila murid memerlukan sokongan bantuan daripada pihak lain dalam mebina konsep-konsep baru. Di samping itu,kawalan kelas agak merosot. Hal ini kerana semua murid bergerak secara aktif dalam membina pengetahuan mereka sendiri. Pergerakan murid menyebabkan suasanakelas dalam kawalan tidak terkawal. Seterusnya, guru yang sedang menukar cara pengajaran kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.

    Sunday, August 22, 2010

    Implikasi Teori Konstruktivisme Kepada Pengajaran

    1. Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira     keupayaan pelajar.
    2. Guru hendaklah mengenalpasti ZPD pelajar melalui penyediaan beberapa aktiviti yang berkaitan.
    3. Gunakan ZPD pelajar untuk memastikan pembelajaran berkesan berlaku.
    4. Pilih pelajar yang lebih berkemahiran untuk mengajar pelajar yang belum menguasai.
    5. Galakkan pelajar menggunakan private speech semasa berfikir dan menyelesaikan masalah.
    6. Guru hendaklah menyediakan banyak contoh dan bahan sumber yang boleh membantu pelajar membuat perkaitan dan membina pemahaman baharu.
    7. Guru perlu mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar. Tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata,pengalaman berasaskan konteks sebenar, simulasi dan sebagainya boleh dimanfaatkan.
    8. Penerangan guru hendaklah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar. Sertakan contoh yang pelbagai dalam sesi perbincangan.
    9. Adakan gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan untuk untuk mewujudkan interaksi yang berkualiti. Melalui aktiviti dan perbincangan dalam kumpulan, pelajar dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman yang lebih jelas dan meluahkan buah fikiran. Kanak-kanak lebih mudah faham apabila rakan sebayanya yang membimbing.






    Saturday, August 21, 2010

    PRINSIP-PRINSIP KONSTRUKTIVISME

    1. Menekankan pembelajaran berpusatkan.
    2. Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan.
    3. Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain.
    4. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses Scaffolding.
    5. Pelajar membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka
    6. Pembelajaran baharu bergantung pada pemahaman atau pengetahuan sedia ada 
    7. Pembelajaran bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada hingga tercapai pemahaman baharu. 
    8.  Interaksi sosial membantu dan menyokong pembelajaran
    9. Pembelajaran bermakna berlaku dalam konteks tugasan berasaskan alam nyata
    10.  Guru dan rakan sebagai fasilitator  pembelajaran
    11.  Persekitaran pembelajaran yang kompleks membantu pembinaan pengetahuan baharu
    12.  Pengaruh sosial membawa kepada pemikiran aras tinggi 
    13. Persembahan isi pelajaran yang pelbagai dengan contoh-contoh khusus membantu pemahaman
    14. Pelajar bertanggung jawab dalam pembelajaran sendiri.
    Caine dan Caine (1991) pula menyenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme:
    1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.
    2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek sahaja.
    3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya.
    4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.
    5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap.
    6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.
    7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.
    8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.
    9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.
    10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.
    11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.
    12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat menyatakan kecenderungan masing-masing.



    PANDANGAN & TEORI TOKOH PELOPOR KONSTRUKTIVISME: KONSEP & PRINSIP

    Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan. Terdapat dua tokoh penting yang mempelopori teori asas konstruktivisme ini iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget dikenali sebagai konstruktivisme psikologi/individu/ kognitif, manakala teori yang dipelopori oleh Lev Vygotskynialah konstruktivisme sosial.

    TEORI KONSTRUKTIVISME PIAGET: PSIKOLOGI/INDIVIDU/KOGNITIF

    Biodata
    JEAN PIAGET (1896-1980)





    •  Lahir  di Neuch√Ętel, Switzerland, pada 9 Ogos, 1896.
    • Bapanya,Arthur Piaget, seorang profesor dalam kesusateraan zaman pertengahan dan mempunyai minat yang mendalam tentang sejarah.
    • Ibunya, Rebecca Jackson, seorang yamg sangat pandai
    • Jean Piaget merupakan anak sulung dalam keluarga dan bakatnya mula dilihat ketika beumur 10 tahun.
    • Merupakan ahli psikologi switzerland yang terkenal
    • Meninggal pada tahun 1980. 
    • Sila klik link  ini.




    Piaget merupakan salah seorang tokoh yang terkenal dengan teori perkembangan kognitif dan bagaimana manusia membina pengetahuan. Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. struktur asas dalam organiasasi mental ini dinamakan skema. Justeru, pengetahuan sedia ada yang yang menjadi asas tingkah laku ialah skema.

       Pengetahuan dibina apabila maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Proses adaptasi merujuk kepada proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema dengan persekitaran. Ini dinamakan EQUILIBRASI.


    PROSES-PROSES ADAPTASI

    Terdapat dua proses iaitu;
    • ASIMILASI
    • AKOMODASI
    1.Asimilasi
    • Merupakan satu proses dimana apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan dapat diserapdengan mudah ke dalam struktur kognitif. Ini menyebabkan keseimbangan (equilibrasi) berlaku.
    2.Akomodasi
    • Merupakan satu proses dimana apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, akan berlaku ganggu-gugat atau ketidakseimbangan dalam struktur kognitif. Proses ini dinamakan disequilibrasi. maklumat baru tersebut tidak dapat diserap masuk. Maklumat akan terawang-awang sehingga skema berubah. Apabila skema berubah, melalui pembacaan, perbincangan atau seumpanya, maklumat baharu akan diserap masuk. Dengan itu, struktur kognitif akan mencapai equilibrasi.
    PROSES EQUILIBRASI


        Kedua-dua proses asimilasi dan akomodasi berlaku sepanjang hayat individu dalam proses penyesuaian diri dengan persekitaran. Dengan proses adaptasi yang semakin komlpeks, skema juga akan menjadi lebih kompleks. Skema yang semakin kompleks ini akan membentuk struktur kognitif. Struktur kognitif akan melalui proses organisasi secara hierarki dan daripada susunan umum kepada khusus.

         Kesimpulannya, melalui proses adaptasi, iaitu asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam struktur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila perlu. Melalui proses inilah, pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat sepanjang hayat individu.

     TEORI KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY: SOSIAL

    Biodata
    LEV VYGOTSKY (1896-1934)
    •  Lahir pada 1896 di Belarus, Rusia
    • Vygotsky banyak terlibat dalalm mengkaji perkembangan kognitif di Institute of Psychology di Moscow.
    • Merupakan ahli psikologi Rusia yang terkenal.
    • Meninggal pada 1934.
    • Sila klik link ini



    Teori perkembangan kognitif Vygotsy merupakan asas kepada teori ini. Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan orang lain. Jadi teori konstruktivisme sosial ini berperanan utama dalam pembelajaran dalam konteks sosio-budaya.
    Dalam konteks sosial, individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru. penglibatan dengan orang lain memberi peluang kepada pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri.
    Pandangan Konstruktivisme Sosial
    1. Pelajar mempunyai keunikan kerana berbeza latar belakangnya.
    2. Latar belakang, pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat amat mempengaruhi pembelajaran individu.
    3. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembinaan pengetahuan sendiri.
    4. Pengalaman berjaya dan keyakinan diri mempengaruhi motivasi untuk belajar.
    5. Guru sebagai fasilitator.
    6. Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial dan akif.
    7. Kolaborasi antara guru, pelajar dan bahan pengajaran penting dalam pembelajaran.
    8. Pembelajaran berasaskan konteks penting dalam memudahkan pelajar.


    Zon Perkembangan Terdekat
    ZPD merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar, tetapi dapat menguasainya debgan bimbingan orang lain yang lebih mahir.Sekiranya pelajar dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut  berada di zon bawah. Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengam bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada dalam ZPD.

    Menurut teori Vygotsky, Zon Perkembangan Proksimal merupakan pembahagian antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi, dimana antara apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya. 

    ZON PERKEMBANGAN TERDEKAT

          Pada pandangan yang lain, Vygotsky mencari pengertian bagaimana anak-anak berkembang dengan melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi kognitif belum matang, tetapi masih dalam proses pematangan. Vygotsky membezakan antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi pada anak. Perkembangan sebenar ditentukan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkan perkembangan potensi membezakan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu, menyelesaikankan masalah dengan bantuan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.



       Teknik Scaffolding
           Mengikut Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel (2010), konsep ini merujuk kepada bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan dan interaksi yang bersifat positif.

             Bimbingan diberikan kepada pelajar dalam mempelajari kemahiran baharu, namun bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai sesuatu kemahiran. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perancah. Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baharu secara lebih sistematik.

              Secara khusus Vygotsky mengemukakan bahawa disamping guru, rakan sebaya juga memberi pengaruh penting pada perkembangan kognitif anak berlawanan dengan pembelajaran lewat penemuan individu (individual discovery learning), kerja kelompok secara kooperatif ( cooperative groupwork) yang mempercepat perkembangan kanak-kanak. Kesimpulannya, teknik ini :
    • Digunakan bagi pelajar menguasai isi pelajaran dalam ZPD
    • Proses membimbing dan membantu.
    • Mengikut penguasaan murid dan berubah mengikut peringkat
    • Antara cara dalam teknik ini ialah penjelasan verbal, soal jawab, promting,cueing dan tanda isyarat lain

    KONSTRUKTIVISME: APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KONSTRUKTIVISME?

    Apakah yang dimaksudkan dengan KONSTRUKTIVISME? umumnya, bermain bagi kanak-kanak merupakan aktiviti untuk keseronokan seringkali dianggap tidak berfaedah oleh golongan dewasa. namun tahukah anda bahawa melalui aktiviti ini, kanak-kanak secara tidak langsung membina pengetahuan baru yang dinamakan sebagai proses konstruktivisme.

           Konstruktivisme juga diertikan sebagai teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannnya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannuya menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan.

          Konstruktivisme  juga didefinisikan sebagai  pembelajaran yang bersifat generatif, yaitu tindakan mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari. Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan gagasan yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman. Ini menyebabkan seseorang mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih dinamis

               Mengikut Briner (1999) dalam laman sesawang www.scribd.com,pembelajaran secara konstruktivisme berlaku di mana pelajar membina pengetahuan dengan menguji idea dan pendekatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya pada satu situasi baru dan mengintegerasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

                 Manakala mengikut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pembelajaran berasaskan kepada penelitian tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan peneliti berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

                     Brooks dan Books (1993) pula menyatakan konstruktivisme berlaku apabila pelajar membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru pada apa yang mereka telah faham sebelum ini.

                       Sushkin (1999) pula menyatakan penekanan diberikan pada pelajar lebih daripada guru. Ini kerana pelajar yang bertindak balas dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Pada teori ini, menekankan pada pelajar untuk mencari cara sendiri untuk setiap penyelesaian masalah sehingga dapat ditemukan cara yang sesuai dengan dirinya.

                        Mengikut Noriati,Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri berdasarkan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman baru.

                    Konstuktivis memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran. Konstruktivis menerangkan bagaimana pengetahuan baru disusun dalam minda manusia. Penekanan diberikan mengikut keperluan manusia membina pemahaman tentang sesuatu konsep. Pendekatan ilmu pembelajaran diperolehi dengan melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

          Kesimpulannya, konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman baru

    Sunday, August 15, 2010

    SEJARAH PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

    Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah dan telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi kognitif dan pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu Giambatista Vico, mengatakan … “one only knows something if one can explain it” (Yager, 1999).

    Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerima maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek, 1992). Seterusnya, perspektif konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey.


    JOHN DEWEY
    Pembelajaran bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966), melibatkan “belajar dengan membuat” (learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey mempelopori gerakan “progresivisme” dalam pendidikan. Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya terjemahan, “Play, Dreams and Imitation in Childhood” dan Vygotsky (1978) dalam “Mind in Society” yang dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak.

    Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku teks telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey dan Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula dalam pembelajaran sains dan matematik yang cuba menyemarakkan perspektif konstruktivisme.

    Tuesday, August 3, 2010

    TEORI KONSTRUKTIVISME

    PENGENALAN

    Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat. Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

    KONSEP/PRINSIP TEORI KONSTRUKTIVISME

    Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
    Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

    Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

    Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

    Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

    John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.