Saturday, August 21, 2010

KONSTRUKTIVISME: APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KONSTRUKTIVISME?

Apakah yang dimaksudkan dengan KONSTRUKTIVISME? umumnya, bermain bagi kanak-kanak merupakan aktiviti untuk keseronokan seringkali dianggap tidak berfaedah oleh golongan dewasa. namun tahukah anda bahawa melalui aktiviti ini, kanak-kanak secara tidak langsung membina pengetahuan baru yang dinamakan sebagai proses konstruktivisme.

       Konstruktivisme juga diertikan sebagai teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannnya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannuya menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan.

      Konstruktivisme  juga didefinisikan sebagai  pembelajaran yang bersifat generatif, yaitu tindakan mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari. Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan gagasan yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman. Ini menyebabkan seseorang mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih dinamis

           Mengikut Briner (1999) dalam laman sesawang www.scribd.com,pembelajaran secara konstruktivisme berlaku di mana pelajar membina pengetahuan dengan menguji idea dan pendekatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya pada satu situasi baru dan mengintegerasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

             Manakala mengikut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pembelajaran berasaskan kepada penelitian tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan peneliti berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

                 Brooks dan Books (1993) pula menyatakan konstruktivisme berlaku apabila pelajar membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru pada apa yang mereka telah faham sebelum ini.

                   Sushkin (1999) pula menyatakan penekanan diberikan pada pelajar lebih daripada guru. Ini kerana pelajar yang bertindak balas dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Pada teori ini, menekankan pada pelajar untuk mencari cara sendiri untuk setiap penyelesaian masalah sehingga dapat ditemukan cara yang sesuai dengan dirinya.

                    Mengikut Noriati,Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri berdasarkan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman baru.

                Konstuktivis memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran. Konstruktivis menerangkan bagaimana pengetahuan baru disusun dalam minda manusia. Penekanan diberikan mengikut keperluan manusia membina pemahaman tentang sesuatu konsep. Pendekatan ilmu pembelajaran diperolehi dengan melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

      Kesimpulannya, konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman baru

No comments:

Post a Comment